Xiaomi Mi 3 vs Samsung S5 ulasan Malaysia

Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh OIZOIOI – Laman Perbandingan Harga Nombor 1 di Malaysia

 

Xiaomi akan melancarkan telefon pintar pertamanya bagi Pasaran Malaysia pada 19 Mei 2014, iaitu MI 3. MI 3 akan dijual pada harga RM 889 (275 USD) , yang mana mengingatkan kepada Pelancaran Produk mengejut lain seperti RM 698 untuk Moto G tahun lalu. Sementara Moto G berkedudukan lebih untuk Kelas Pertengahan Xiaomi MI 3 pula Pembunuh Terhebat kerana spesifikasi mewah dan harga tiada tandingannya. Dalam ulasan ini kita akan membandingkan Xiamoi Mi3 dengan Telefon Pintar Terkenal Samsung di Pasaran Malaysia iaitu Samsung Galaxy S5.

XIAOMI MI3 Vs Samsung S5

xiaomi mi 3

 

 

REKA BENTUK

xiaomi mi3 design

Apabila membandingkan Reka Bentuk jelas sekali Pemenangnya adalah Xiaomi MI3. MI 3 mempunyai sarung logam cantik yang menggunakan aloi Magnesium, serupa dengan siri HTC ONE. Bingkai telefon pintar ini disaluti tiga lapisan filem terma grafit. Ditambah pula dengan ciri menarik seperti 120-gril pembesar suara potongan laser dan dikukuhkan dengan port logam USB. Secara keseluruhan ini memberikan badan berukuran 8.1 mm kepunyaan MI 3 satu sentuhan premium. Manakala Samsung Galaxy S5 menggunakan penutup plastik yang kita ketahui sebelum ini untuk Samsung S4. Memandangkan S5 masih lagi telefon pintar premium, tentulah ia tidak mampu menandingi Reka Bentuk Mewah peranti Xiaomi. Tambahan pula baru-baru ini Ketua Reka Bentuk Samsung Galaxy S5 telah berhenti kerja dan ini kemungkinan menjadi salah satu faktor.

 

Pemenang: Xiaomi MI 3

 

Paparan dan Skrin

xiaomi mi3 display

Kedua-dua telefon pintar ini didatangkan dengan paparan beresolusi 1,920×1,080 HD PENUH, tetapi skrin Samsung Galaxy S5 5 adalah lebih besar dengan 5.1 inci. Paparan Xiaomi MI3 hanya 5.0 inci, tetapi ia bukanlah perbezaan ketara untuk kegunaan harian.

 

Samsung S5 menyokong Paparan Super AMOLED yang kita sedia maklum mengenai telefon pintar Samsung seperti Galaxy Note 3. Ketumpatan piksel adalah pada 432ppi dan menawarkan warna yang mengagumkan dan keseluruhan merupakan paparan yang menarik.

 

Berlainan pula dengan MI3 yang menggunakan Paparan LCD 5.0 inci HD PENUH dengan Teknologi IPS. Teknologi Penukaran IN-Plane menawarkan keseragaman warna menakjubkan dari sudut melihat berlainan. Juga lampu belakang paparan MI 3 disatukan secara terus dengan skrin sentuh, yang mana menyerlahkan warna dengan lebih dalam dan pelbagai.

 

Seperti dinyatakan kedua-dua paparan MI 3 dan S5 menawarkan resolusi yang sama iaitu 1080p. Xiaomi MI3 mempunyai ketumpatan piksel yang lebih tinggi dengan 441 ppi vs 432 ppi milik S5 kerana skrinnya yang agak lebar. Bagi kegunaan harian perbezaan ketumpatan piksel sebanyak 2% ini tidak memberikan banyak perbezaan kepada pengguna.

 

Pemenang: SERI. Kedua-dua telefon pintar ini memiliki paparan HD penuh berkualiti tinggi dengan resolusi 1080p. Manakala S5 adalah sedikit besar dengan 5.1 inci MI 3 mempunyai ketumpatan piksel lebih tinggi dengan 441 ppi. Jika membandingkan paparan anda mempunyai pilihan yang baik untuk kedua-dua telefon.

 

Peranti Keras dan Spesifikasi

xiaomi mi 3 specs

Kedua-dua peranti Xiaomi MI3 dan S5 menggunakan antara pemproses terbaik terdapat untuk Android di Malayia pada masa kini. Pemproses quad core Qualcomm Snapdragon 801 dengan Adreno 330 GPU dan Teknologi Krait 400. Reka bentuk Krait 400 menjadikan pemproses ini 30% lebih pantas daripada Snapdragon 600. Manakala MI 3 menggunakan quadcore Snapdragon 801 pada 2.3 GHZ, S5 pula sedikit pantas dengan 2.5 GHZ. Kedua-dua peranti mempunyai 2GB LPDDR3 RAM yang mana lebih pantas daripada DD3 Ram dan menggunakan kuasa yang rendah.

 

Untuk storan dalaman Xiaomi MI 3 didatangkan dengan Storan Versi 16GB bagi Versi Standard. Manakala S5 mempunyai pilihan untuk penambahan memori sehingga 128 GB memori dalaman menggunakan Micro-SD, kelihatannya seperti MI 3 tidak mempunyai pilihan untuk menambah storan dalaman 16 GB. Kita perlu menunggu sekiranya sekiranya terdapat banyak versi storan ditawarkan oleh MI3 daripada asal 16 GB.

 

S5 adalah Telefon Pintar Samsung paling popular pada masa kini dan sudah tentulah yang terhebat. Sebagai contoh ia menawarkan beberapa ciri yang sekurang-kurangnya perlu dinyatakan dalam ulasan kami. Satu yang paling menakjubkan ialah mod simpanan kuasa ultra, yang membenarkan penyimpanan banyak kuasa kerana telefon ini menggunakan hanya sumber minimal. Ini sangat penting bagi telefon pintar yang memakan banyak kuasa seperti hari ini. Juga termasuk adalah aplikasi berasaskan berlainan pergerakan seperti Air Gestures dan ia mempunyai pengimbas cap jari Finger Print Scanner dan monitor degupan jantung.

 

Pemenang: Untuk Prenti keras dan Spesifikasi pemenangnya adalah S5. Walaupun kedua-dua MI 3 dan S5 menggunakan pemproses yang sama, S5 adalah lebih laju dengan 2.5 GHz. Apa yang mengganggu kami sedikit ialah setakat ini Xiaomi MI3 hanya menawarkan 16GB dan tidak boleh ditambah. Walaubagaimanapun untuk satu pertiga harga S5 anda masih memperoleh spesifikasi yang serupa, jadi ia masih lagi bersaing sengit.

 

Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh OIZOIOI – Laman Perbandingan Harga Nombor 1 di Malaysia

Kamera dan Gambar

Kamera Samsung S5 mendapat banyak perhatian media dan ini kerana satu sebab. Semak iklan di mana Samsung telah memerli Apple kerana memiliki kamera 16 Megapiksel, dua kali ganda lebih banyak berbanding yang ditawarkan Apple untuk Iphone 5s.

 

Kamera Samsung Galaxy S5 memberi kualiti gambar yang benar-benar menakjubkan dengan Kamera ISOCELL 16 Megapikselnya. Anda boleh menyemak artikel kami di sini untuk membaca dengan lebih mengenai kualiti gambar S5. Xiaomi MI3 menyokong Kameran 13 Megapiksel dengan Flash Dwi LED daripada Phillips. Lima keping lensa mempunyai penapis ultra merah terbina dan bukaan f/2.2 dan juga sudut lebar 28mm.

 

Dengan kamera dan lensa ini, kedua-dua telefon pintar menawarkan gambar hebat dan prestasi kukuh. Jika anda gemar ber-selfie atau videochat melalui Skype atau Hangouts, kedua-dua MI 3 dan S5 dibekalkan dengan Kamera Depan 2.0 Megapiksel.

 

Pemenang: Seri.

 

Perisian

Xiaomi MI3 didatangkan dengan MIUI V5, ROM tersuai berasaskan Android 4.3 dan Projek Sumber Terbuka Android(AOSP). MIUI ROM memiliki beberapa penukaran visual daripada STOCK Android, seperti menyingkirkan aplikasi laci dan pengubahan reka bentuk lain. Menurut Ketua Eksekutif Xiaomi Barra tujuan MIUI v5 adalah untuk menjadikan OS sangat intuitif dan mudah, sambil menawarkan pilihan pengubahsuaian yang cukup untuk Pengguna Android berpengalaman.

MIUI V5

Samsung S5 menggunakan ciri Touch WIZ UI miliknya yang kita tahu daripada telefon pintarnya yang lain. Anda mendapat aplikasi baru seperti MyMagazine yang membantu anda menjumlahkan Media dan Media Sosial kegemaran anda pada skrin kedua.

 

Pemenang: XIAOMI MI3. Dengan MIUI V5 anda mendapat banyak pilihan pengubahsuaian dan ia mudah dan intuitif untuk digunakan. Manakala Touch WIZ UI kelihatan sedikit ketinggalan, banyak pengguna merungut yang ia sarat dan kurang pilihan pengubahsuaian.

 

Pemenang:

Xiaomi MI3. Dengan harga RM889, iaitu satu pertiga daripada Samsung Galaxy S5 di Malaysia, anda mendapat Telefon Pintar Terhebat. MI 3 sememangnya sama daripada segi Spesifikasi dan Peranti Keras. Hanya sedikit kekurangan ialah ketiadaan LTE dan RAM 16 GB, memandangkan kekurangan LTE bukanlah kekurangan ketara ketika ini di Malaysia. Anda boleh menggelarkan MI 3 sebagai Pembunuh Terhebat.

Mi Power Bank 10400

Kami sangat teruja dengan kemasukan produk ini di pasaran  Xiaomi dengan MI 3. Pasaran Malaysia menjadi semakin kompetitif dengan syarikat baru dari China seperti Xiaomi dan Huawei yang menawarkan telefon pintar berkualiti pada harga yang sangat kompetitif. Ini menjadi sangat menarik melihat jenama-jenama lain sepeti Lenovo Malaysia atau Samsung mempertahankan diri mereka.

Akhirnya keinginan Pengguna di Malaysia akan mengatasi segalanya, yang mana ini merupakan perkara baik.

Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh OIZOIOI – Laman Perbandingan Harga Nombor 1 di Malaysia